Tanstool

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

rss

Sabtu

Nuzul Al-Qur'an

Peristiwa nuzul Al-Qur'an menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Qur'an yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Qur'an berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Qur'an.
‘Al-Qur'an’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Qur'an, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Qur'an mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Qur'an yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Qur'an tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Qur'an. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Qur'an. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Qur'an itu benar. Al-Qur'an juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Qur'an yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
 

Mouse over the words to change the cursor.

auto
crosshair
default
e-resize
help
move
n-resize
ne-resize
nw-resize
pointer
progress
s-resize
se-resize
sw-resize
text
w-resize
wait

Arahkan mouse Anda ke kata-kata untuk mengubah kursor /. <> p / span>
span style <= "cursor: crosshair" >

e-
membantu

span style <= "cursor: n-resize " / span>
-ukuran
NW-


/ span>
-ukuran
-ukuran
teks
w-resize /> span style="cursor:wait"> menunggu

Cari

fb

a